Showcase Jiwa Kacau 2.0 bakal serabutkan jiwa anda pada 22 Jun 2024

- Advertisement -

Sebuah showcase yang akan membuat hidup anda semakin kacau bilau dengan penantian Showcase Jiwa Kacau 2.0 yang akan berlangsung pada 22 jun 2024 bertempat di Stadium Nasional Hoki, Bukit jalil.

Setelah kejayaan pada Showcase jiwa kacau 1.0 yang telah berjaya mengumpulan seramai 8,000 peminat hadir di stadium Malawati pada 2023 tahun lepas, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan yang terdapat di 1.0 hilang bergitu sahaja, maka dengan kolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama akan membawa keterujaan kacau bilau itu kembali.

Showcase kali ini bukan lagi akan kekal dengan susunan band sama tetapi bakal ada tambahan yang dihangatkan lagi dengan kumpulan yang berasal dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada Solois tempatan, Luqman Podolski

“Sesuai dengan penganjuran kali kedua, Showcase Jiwa Kacau 2024 akan memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.

“Ini bermaksud akan ada enam penampilan penuh energatik yang akan menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 22 Jun 2024.

“Kami dengan bangga mengumumkan kehadiran Nidji untuk menjadi satu-satunya kugiran terkenal Indonesia yang akan membuat Showcase Jiwa Kacau 2024 lebih ‘kacau bilau’.

“Dan untuk pertama kali juga di Showcase Jiwa Kacau 2024 kami menampilkan solois iaitu Luqman Podolski sebagai penampilan khas.

“Harapan kami Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini bakal menjadi medan berkembangnya dan melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi sekarang dan akan datang.” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Mewakili rakan seperjuangan yang terlibat dalam Showcase Jiwa Kacau 2024, Masdo menyifatkan penganjuran kali kedua acara muzik ini didorong banyak oleh sambutan dan apresiasi peminat terhadap pemuzik tanah air.

Dapatkan Tiket-tiket berharga RM148 (ROCKZONE), RM98 (GENERAL ADMISSION), RM228 (VIP 1 &2), RM188 (CAT 1), RM138 (CAT 2), RM68 (BLUE ZONE), RM358 (MEET & GREET) segera.

Sebanyak 30% penjualan tiket telah terjual pada hari pertama.

INFORMASI

ACARA: SHOWCASE JIWA KACAU 2024

ARTIS: HUJAN, MASDO, NIDJI, BUNKFACE, INSOMNIACKS, LUQMAN PODOLSKI
TARIKH: 22 JUN 2024

LOKASI: STADIUM HOKI NASIONAL BUKIT JALIL

PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD
PENAJA UTAMA: KOPI SAIGON

TIKET: RM148 (ROCKZONE), RM98 (GENERAL ADMISSION), RM228 (VIP 1 &2), RM188
(CAT 1), RM138 (CAT 2), RM68 (BLUE ZONE), RM358 (MEET & GREET)

LAYARI: www.klticketing.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat