Kabel Laut Merah rosak, mengganggu trafik internet

- Advertisement -

LONDON: Kerosakan pada kabel dasar laut di Laut Merah mengganggu rangkaian telekomunikasi dan memaksa penyedia perkhidmatan untuk mengubah laluan sebanyak satu perempat trafik antara Asia, Asia Barat dan Eropah, termasuk trafik internet.

Kabel milik empat rangkaian telekomunikasi utama telah “dipotong” menyebabkan gangguan “ketara” kepada rangkaian komunikasi di Asia Barat, menurut syarikat telekomunikasi Hong Kong HGC Global Communications.

HGC menganggarkan bahawa 25 peratus trafik antara Asia dan Eropah serta Asia Barat telah terjejas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata, ia sedang mengubah laluan lalu lintas untuk meminimumkan gangguan kepada pelanggan dan juga “menghulurkan bantuan kepada perniagaan yang terjejas.”

HGC tidak menyatakan bagaimana kabel terbabit telah rosak atau siapa yang bertanggungjawab.

Seacom yang berpangkalan di Afrika Selatan, yang memiliki salah satu sistem kabel yang terjejas, memberitahu CNN bahawa pembaikan tidak akan bermula sekurang-kurangnya sebulan lagi, sebahagiannya disebabkan tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan permit untuk beroperasi di kawasan itu.

Kabel dasar laut adalah kuasa halimunan yang memacu internet, dengan banyak yang dibiayai sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh gergasi internet seperti Google, Microsoft, Amazon dan syarikat induk Facebook, Meta.

Kerosakan pada rangkaian dasar laut ini boleh menyebabkan gangguan internet yang meluas, seperti yang berlaku selepas gempa bumi Taiwan pada tahun 2006.

Pemusnahan kabel di Laut Merah berlaku beberapa minggu selepas kerajaan rasmi Yaman memberi amaran mengenai kemungkinan pemberontak Houthi akan menyasarkan kabel terbabit.

Militan yang disokong Iran telah pun mengganggu rantaian bekalan global dengan menyerang kapal komersial di laluan air yang penting itu.

-AGENSI/Berita Harian

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat