Showcase amal artis legenda 4.0 bakal berlangsung pada 1 Jun 2024

- Advertisement -

Lokasi Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang bakal menjadi saksi kepada sebuah Showcase Amal yang mana terasnya adalah bagi membantu golongan anak seni serta bekas pengamal media yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Penganjur showcase, Nizam Laksamana Production yang diterajui oleh penyanyi Nizam Laksamana memanjatkan doa dan harapan agar niat murni ini dipermudahkan Allah SWT dan jualan meja dapat dipenuhi sebelum tarikh 1hb Jun 2024.

Untuk Showcase Amal Artis Legenda 4.0, yang akan berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor pada 1hb Jun 2024, Nizam akan menghiburkan para tetamu bersama dengan rakan-rakan artis lain seperti Zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider, Shafie Rio, Ameng Spring, Dwen, Ady Wow, Mawi dan Wann.

Menurut Nizam, penganjuran showcase kali ini adalah yang terakhir akan dibuat berikutan ‘semangat’ pudar untuk menjayakan showcase yang sudah memasuki edisi keempat ini.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah alhamdulillah kerana penganjuran showcase 4.0 tetap mendapat sambutan walaupun sedikit perlahan jika dibandingkan penganjuran showcase 1.0, 2.0 dan 3.0. Pernah ada pihak mengatakan saya mengaut keuntungan dengan menganjurkan showcase ini walaupun pada dasarnya tiada ‘gaji’ pon bersama pasukan saya. Permohonan dana pun pernah ditolak walaupun dah melalui proses pitching.

“Pernah juga terucap perkataan ‘batal’ sahaja kerana pandangan serong sesetengah pihak serta janji-janji manis yang ditabur golongan korporat bagi menaja penganjuran showcase. Namun atas motivasi dan sokongan pasukan showcase ini serta pihak media membuatkan saya meneruskan juga matlamat yang telah dirangka. Menambahkan lagi sebak didada apabila tiga orang sahabat yang pernah menyertai showcase ini telah pergi meninggalkan kita iaitu arwah Gmie Screen, Tia Jinbara dan Ibnor Riza.

“Showcase ini bukan semata-mata hiburan saja, sebaliknya adalah tempat perjumpaan antara peminat dengan penyanyi kegemaran mereka. Selepas acara selesai, peminat berpeluang untuk beramah mesra dengan artis yang terlibat. Paling penting penganjuran ini juga adalah untuk menyantuni pesakit dan bekas pesakit kanser,” katanya.

Tambah Nizam, sebahagian kutipan jualan meja dan sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada Cancer Survivors Malaysia satu badan NGO yang aktif memberi bantuan kepada pesakit kanser. Selain itu sebahagian kutipan juga akan disalurkan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang kini disenaraikan seramai 20 orang.

Menyentuh mengenai persembahan Showcase Amal Artis Legenda 4.0, kami merancang satu naratif muzik kerana setiap penyanyi mewakili genre dan zaman kegemilangan masing-masing walaupun dengan menggunakan minus-one ataupub iringan gitar akustik.

“Sesungguhnya saya beruntung kerana mendapat rakan-rakan artis yang sama-sama bersemangat untuk menjayakan showcase ini. Bagi mereka, inilah cara untuk membantu orang lain,” ujarnya.

“Sokongan pihak media yang sentiasa menyiarkan cerita membina dan positif tentang showcase ini betul-betul buat saya terharu. Laporan dan cerita yang disiarkan sangat menggerakkan jualan meja walaupun ianya hanya showcase amal.

“Sesungguhnya Showcase amal ini bukanlah hasil kerja saya seorang, tanpa bantuan pasukan saya yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan showcase pertama hingga kali ke empat ini semestinya En Azmi Jamsari dari Saudagar Seni serta En Remy Daud. Pasukan SAAL4.0 ini juga berpeluang menambah ahli iaitu En Hamri yang membantu dari sudut rekaan grafik.

“Harapan saya agar showcase terakhir ini akan membuka mata pada rakan-rakan yang lain yang boleh buat dan membantu, bersama kita bersolidariti membantu penggiat seni. Keduanya, yang ada kesenangan dan kemampuan seperti syarikat sepatutnya boleh datang untuk memberi tajaan kepada program begini.

Sebagai rujukan:

Showcase Amal Artis Lagenda 90an 1.0
Tema : Menyantuni Asnaf & Gelandangan
Tarikh : 22hb Febuari 2019
Lokasi : Sultan Ballroom, EDC Hotel, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur
Artis yang terlibat : Nizam Laksamana, Ameng Spring, Tia Jinbara, Baggio, Amir Ukays, Zamani Slam, Gmie Screen, Renggo Arrow

Showcase Amal Artis Lagenda 90an 2.0
Tema : Menyantuni rakan-rakan penggiat seni, pemuzik & pengamal media
Tarikh : 31hb Januari 2020
Lokasi : Mandarin Grand Ballroom, Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur
Artis yang terlibat : Nizam Laksamana, Ameng Spring, Gmie Screen, Ali XPDC, Sham Visa, Amir Ukays, Zarul Umbrella dan Khai Bahar (artis undangan)

Showcase Amal Keluarga Malaysia Artis Lagenda 3.0
Tema : Menyantuni Pesakit & Bekas Pesakit Kanser
Tarikh : 4hb Jun 2022
Lokasi : Grand Ballroom, Bangi Resort Hotel
Artis yang terlibat : Nizam Laksamana, Ezad Lazim, Zarul Umbrella, Baggio, Tam Spider, Ibnor Riza, Rahmad Mega, Daqmie dan Ramlah Ram (penampilan Istimewa)
Sumbangan kepada-
CANCER SURVIVOR MALAYSIA
No 330, Darulaman Heights,
Bandar Darul Aman,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Facebook page: CANCER SURVIVOR (MSIA)
Email : [email protected]

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat