Johor Cemerlang Ketika Era Pentadbiran BN – Wan Rosdy

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Negeri Johor sangat cemerlang dari segi pertumbuhan ekonomi ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, ‘track record’ BN Johor sudah lama terbukti sehingga muncul sebagai negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Oleh yang demikian, beliau menyeru rakyat Johor memberi mandat kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

“Ketika ditemu bual oleh wartawan sebentar tadi, saya menjelaskan kepada mereka betapa perlunya rakyat Johor memberi mandat kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

”Ini kerana, Barisan Nasional mempunyai ‘track record’ yang cukup cemerlang ketika mentadbir Johor sehingga muncul sebagai negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.” Katanya.

Malah, Barisan Nasional juga berjaya mewujudkan kestabilan politik sehingga menarik ramai pelabur asing untuk menanam modal di negeri ini.

Sesungguhnya kestabilan politik adalah kunci utama bagi membangunkan ekonomi bagi kemajuan sesebuah negeri, ujarnya lagi.

”Oleh yang demikian, saya berharap rakyat Johor buatlah pilihan yang tepat dengan memilih Barisan Nasional untuk mentadbir negeri ini.” Katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat