Bursa Malaysia catat aliran masuk bersih sebanyak RM1.31 bln minggu lepas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelabur asing dan peruncit tempatan adalah pembeli bersih bagi minggu berakhir 4 Mac, menyaksikan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM1.31 bilion manakala aliran masuk bersih daripada pelabur asing berjumlah RM1.08 bilion, kata MIDF Research hari ini.

Dalam laporan strategi ekuitinya hari ini, bank pelaburan itu berkata dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut selama tujuh daripada sembilan minggu pertama tahun 2022.

“Kami turut maklum pada minggu lepas, belian bersih oleh pelabur asing adalah yang tertinggi bagi tahun ini, melepasi paras tertinggi sebelumnya iaitu RM955.9 juta pada minggu berakhir 18 Feb,” tambahnya.

MIDF Research berkata apabila pasaran dibuka semula pada Isnin minggu lepas, peruncit tempatan dan pelabur asing, masing-masing membeli RM35 juta dan RM490.9 juta bersih ekuiti tempatan, manakala institusi tempatan memulakan minggu berkenaan sebagai penjual bersih dengan -RM525.9 juta.

Ia berkata institusi tempatan telah menjadi penjual bersih sejak 4 Feb dengan aliran keluar bersih terbesar minggu lepas adalah pada hari Isnin dan yang paling sedikit pada hari Rabu, masing-masing merekodkan  -RM525.9 juta dan -RM154 juta.

Bagi pelabur runcit pula, mereka telah menjadi pembeli bersih setiap hari pada minggu urus niaga berkenaan dengan yang terbesar dicatatkan pada hari Rabu berjumlah RM74.19 juta dan yang paling sedikit sebanyak RM35 juta pada hari Isnin.

Secara keseluruhan, untuk minggu kesembilan 2022, pelabur asing muncul kukuh sebagai pembeli bersih dengan merekodkan sebanyak RM1.08 bilion, diikuti oleh peruncit dengan nilai RM230.4 juta manakala institusi tempatan pula merupakan satu-satunya penjual bersih yang kuat, mencatatkan -RM1 .31 bilion, jelas MIDF Research.

“Tiga sektor yang menyaksikan aliran masuk bersih tertinggi daripada pelabur asing ialah produk dan perkhidmatan perindustrian (RM518.6 juta), perkhidmatan kewangan (RM289.7 juta) dan perladangan (RM229.8 juta),” tambahnya.

Minggu lalu, Press Metal mencatatkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM4.13 juta. Harga sahamnya adalah 6.96 peratus lebih tinggi untuk minggu itu, mengatasi prestasi bursa tempatan yang menyaksikan kenaikan mingguan sebanyak 0.77 peratus.

Sementara itu, Petronas Chemicals memperlihatkan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak -RM15.52 juta minggu lepas. Harga sahamnya pula adalah 8.07 peratus lebih tinggi untuk minggu berkenaan, mengatasi prestasi indeks FBM KLCI yang 0.77 peratus lebih tinggi pada minggu dalam kajian.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat