Elak Parlimen jadi pusat sebar berita palsu, kembalikan Akta Anti Berita Palsu

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani digesa mengembalikan semula Akta Anti Berita Palsu 2018 bagi mengelakkan pembangkang menjadikan institusi itu sebagai pusat penyebaran berita palsu.

Jika dibiarkan, integriti Parlimen akan akan jatuh seterusnya mengakibatkan defisit kepercayaan berlaku.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mencadangkan supaya Akta Anti Berita Palsu 2018 dikembalikan semula.

“Akta Anti Berita Palsu 2018 telah dibatalkan oleh PH 1.0 pada tahun 2019. Kononnya untuk membuktikan kerajaan baru pro kebebasan bersuara.

“Tapi 2 hari lalu berlaku pertikaman lidah antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen pembangkang berkaitan rundingan sempadan Malaysia-Indonesia di selatan Sabah dan utara Kalimantan.

“Keluar kenyataan bodoh dan bohong. Datuk Seri Takiyuddin Hassan kemudiannya membalas “Nak tau siapa bodoh siapa tak bodoh buka perbahasan”.

“Kalau betul dakwaan pembangkang itu adalah palsu bermakna Parlimen menjadi pusat penyebaran berita palsu. Integriti Parlimen jatuh. Trust deficit berlaku terhadap Parlimen.

“Oleh itu, sewajarnya Akta Anti Berita Palsu 2018 dikembalikan semula dan amat wajar diwujudkan “Code of conduct” khusus untuk ahli Parlimen,” saran Speaker DUN Johor itu.

Hal ini katanya, supaya ahli Parlimen tidak menyebar berita palsu dan ucapan kebencian semasa berbahas.

“Mereka role model “komunikasi bertanggungjawab”, ujar Puad.

Pada Khamis, beberapa ahli Parlimen pembangkang hari ini menggesa Dewan Rakyat membuka perbahasan berkaitan rundingan isu sempadan Malaysia-Indonesia di selatan Sabah dan utara Kalimantan, susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melabelkan pembangkang sebagai “bodoh”.

“Kita tak dibenarkan berbahas tapi kita dikatakan bodoh. Nak tau siapa bodoh siapa tak bodoh buka perbahasan,” kata Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebelum itu, Anwar ketika berucap dalam program bersama pelajar di sebuah universiti swasta berkata pembangkang menuduhnya melakukan pengkhianatan susulan laporan mendakwa Malaysia menyerahkan beribu-ribu hektar tanah sebagai pertukaran untuk tiga kampung di sepanjang sempadan Sabah-Kalimantan.

Kenyataan itu dibuat selepas taklimat menterinya di Dewan Rakyat, apabila beliau menyifatkan dakwaan pembangkang sebagai “pembohongan”.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat