BERSATU kekal pendirian, Pengerusi PN mesti dalam kalangan Presiden parti – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan bahawa pendirian parti berhubung jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) masih kekal seperti yang diputuskan sebelum ini dan tidak berubah susulan laporan media mengenai peralihan kepimpinan gabungan itu.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Tun Faisal Ismail berkata, keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 12 Januari 2026 dengan jelas menetapkan bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional hanya boleh dipertimbangkan dalam kalangan Presiden parti-parti komponen.

“Setakat semakan saya, pendirian BERSATU yang dibuat semasa Mesyuarat MPT BERSATU pada 12 Januari 2026 masih kekal, iaitu hanya menerima calon Pengerusi PN dalam kalangan Presiden parti anggota. Itu belum berubah, begitu juga keputusan-keputusan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Reaksi Tun Faisal ini adalah berikutan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS telah mempunyai calon yang akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), yang merupakan seorang Ahli Parlimen dan berada dalam barisan kepimpinan tertinggi PAS.

Menurut Tun Faisal lagi, setakat ini BERSATU juga masih merujuk kepada hasil perbincangan dan permuafakatan yang dicapai dalam pertemuan dua Presiden parti pada 16 Januari lalu, selain mesyuarat Pra-Majlis (Pre-council) Presiden-Presiden parti anggota PN yang berlangsung pada 29 Januari 2026.

Tun Faisal menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan kepimpinan tertinggi gabungan perlu berlandaskan rundingan rasmi dan persetujuan bersama dalam kerangka sedia ada PN, bukannya didorong oleh spekulasi atau laporan sebelah pihak.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat