Penjawat awam, pesara dapat insentif awal RM2,000 – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada semua penjawat awam termasuk golongan pesara akan disalurkan sekali gus pada 23 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran berkenaan bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

“Bayaran Insentif Awal RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam.

“Bayaran RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat