Ingatlah tanpa BN tak mungkin wujud Kerajaan Perpaduan – Pemuda MCA

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong mengingatkan segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya menghentikan retorik “bersyukur kerana berada dalam kerajaan” semata-mata kerana masih memegang jawatan.

Pengarah Komunikasi Pemuda BN itu juga membidas supaya segelintir pemimpin BN yang berjawatan agar mengenang jasa dan sumbangan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Kepada segelintir pemimpin BN, hentikanlah retorik “bersyukur kerana berada dalam Kerajaan” semata-mata kerana masih memegang jawatan.

“Sebaliknya, belajarlah bersyukur kerana Malaysia masih aman dan stabil hasil sumbangan serta peranan BN.

“Tanpa BN, tidak mungkin wujud Kerajaan Perpaduan. Tanpa BN, tidak mungkin Kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri dapat dibentuk dan ditadbir dengan stabil sehingga ke hari ini.

“Wahai para pemimpin, rakyat tidak menilai jawatan yang disandang. Rakyat hanya mahu melihat pemimpin yang ikhlas berjuang, berani kerana benar, rajin berkhidmat, rendah diri serta memiliki integriti dan jati diri yang tinggi,” selar Choo Seong.

Beliau malah menasihatkan agar berpolitik bukan demi jawatan dan harta, tetapi berjuanglah demi rakyat dan negara.

“Selebihnya, biarlah rakyat yang menentukan.

“Ingatlah, jawatan itu bersifat sementara. Namun sikap, perbuatan dan jasa bakti kitalah yang akan dikenang selamanya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat