Tiga langkah dan pelaksanaan persiapan hadapi banjir – Fadillah Yusof

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengatur tiga langkah penting sebagai persediaan banjir iaitu prabanjir, persediaan tindak balas bencana dan penyelarasan pasca banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan aktiviti Communication, Education and Public Awareness (CEPA) turut dijalankan untuk memastikan kesedaran dan pemahaman orang ramai dalam menghadapi bencana.

“Semasa Pra Banjir, NADMA melaksanakan program simulasi dan sesi libat urus seluruh Negara, Program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM), Kerja-kerja penyelenggaraan sungai, kolam takungan banjir dan infrastruktur.

“Selain itu, turut dilaksanakan pengaktifan Bilik Kawalan Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), penempatan 737 pam bergerak seluruh Negara dan menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kamera web,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan V. Ganabatirau (PH-Klang) yang ingin tahu langkah-langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan tahap persediaan dan kecekapan tindak balas negara kita terhadap musibah banjir.

Beliau yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia (PETRA) turut mengenal pasti 4,619 lokasi banjir di seluruh negara.

“Kerajaan juga memastikan 534 siren amaran banjir di sungai-sungai utama berfungsi dengan baik.

“Tindakan awal juga sudah dilaksanakan untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi termasuk penyelenggaraan sistem perparitan serta pembaikan dan pengubahsuaian infrastruktur.

“Sebagai persediaan tindak balas bencana banjir, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) diminta untuk melaksanakan koordinasi persediaan awal melalui mesyuarat, mengadakan simulasi dan latihan bersepadu, serta persediaan pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat