JKPK cadang batalkan PLKN 3.0 – Saifuddin Abdullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) bagi Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan agar membatalkan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Pengerusinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata JKPK berpendapat pelaksanaan PLKN 3.0 tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas.

“JKPK mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0.

“Sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya, maka, JKPK berpendapat satu kajian yang lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata Sekiranya PLKN 3.0 ingin dilaksanakan, matlamat dan modulnya hendaklah berasaskan latihan ketenteraan atau separa-ketenteraan.

Namun beliau mempersoalkan adakah negara memerlukan modul PLKN seperti itu.

“Modul PLKN 3.0 yang dicadangkan ini memberi penekanan 70 peratus dalam Asas Ketenteraan.

“Modul PLKN 3.0 yang dicadangkan ini adalah bercampur aduk, iaitu 70 peratus Asas Ketenteraan dan 30 peratus Kenegaraan.

“Tetapi, sebahagian daripada kandungannya tiada Kaitan dengan Asas Ketenteraan
Kandungan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kandungan-kandungan Kenegaraan dan lain-lain (iaitu yang bukan Asas Ketenteraan) dapat disampaikan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan sedia ada, dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon.

“Adalah didapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0, dan 3.0 juga, melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi, berbanding kesan positif yang tidak seberapa, sedangkan kesan positif yang sama itu bole didapatkan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan yang sedia ada, dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini JKPK telah mengadakan mesyuarat pada 3 Disember 2024 bagi mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan dan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) berkenaan laporan penilaian dan keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 1.0 dan 2.0, serta Strategi Pelaksanaan PLKN 3.0.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat