Saya Tanding Bebas Demi Rakyat – Ahli MPT Bersatu

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Mohd Zulkifli Zakaria hari ini membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Sinar, Mohd Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan berkata, keputusan tersebut dibuat bukan kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon, tetapi ia dilakukan demi rakyat.

“Saya bertanding Bebas kerana rakyat Bachok. Selama ini, calon di Bachok semua orang luar, bila sudah menang rakyat dibiarkan,” katanya.

Menurut Mohd Zulkifli berkata, rakyat Bachok sudah lama dahagakan pembangunan dan perubahan.

Ujarnya lagi, jika dahulu Bachok dikenali sebagai pengeluar tembakau negara, namun sejak Akta Tembakau 2002 diperkenalkan ekonomi rakyat di sini semakin merudum.

Beliau berkata, dahulu ada bank sekarang sudah ditutup, malah nelayan Bachok sudah beralih pekerjaan kepada tukang rumah kerana kesempitan hidup, kata laporan itu.

“Saya akan cuba tingkatkan ekonomi rakyat Bachok dengan menjadikan jajahan ini sebagai pengeluar sayur utama melalui kaedah hidroponik.

“Sebagai orang tempatan saya yakin rakyat Bachok boleh menilai siapa yang layak dipilih untuk membela nasib mereka,” katanya, seperti dilaporkan portal itu.

Parlimen Bachok menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu PN, Pakatan Harapan (PH), Nor Azmiza Mamat, Datuk Mohd Zain Yasim (BN) dan Gerakan Tanah Air (GTA), Kamarul Azam Osman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat