Kerajaan Persekutuan Setuju Naik Taraf Sekolah Di Betau Hingga Ke Tingkatan 5 – Wan Rosdy

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menaik tarafkan Sekolah Menengah di Pos Betau sehingga ke aliran Tingkatan 5.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Sekolah yang ada sekarang iaitu Gred K9 akan menjadi K11 dalam pada tahun hadapan.

“kerajaan Persekutuan secara dasarnya bersetuju untuk menaik taraf Sekolah Menengah di sini untuk anak-anak belajar sehingga ke Tingkatan 5,

“Sebelum ini mereka belajar sehingga ke Tingkatan 3 sahaja,

“Selepas ini mereka tidak perlu pergi Sekolah di Sungai Koyan dan Lipis untuk menyambung pelajaran sehingga ke Tingkatan 5.” kata Wan Rosdy selepas mengadakan perjumpaan ramah mesra calon Barisan Nasional bersama masyarakat Orang Asli di Pos Betau, pada Sabtu.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) P.078 Datuk Ramli Mohd Noor.

Ketika ditanya tahap sokongan masyarakat Orang Asli kepada parti BN, Wan Rosdy menjelaskan mereka tetap berdiri teguh untuk terus menyokong Barisan Nasional negeri di bawah pimpinannnya dan Barisan Nasional diperingkat persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, kerajaan negeri akan menaiktaraf jalan sekitar perkampungan Orang Asli dan tempat Rawat dah Rehat (RnR) Betau.

“Kita juga peruntukkan 100 unit Perumahan Rakyat Pahang kepada masyarakat Orang Asli seperti yang dibentang pada Belanjawan Negeri 2023,

“Harga rumah tersebut bernilai RM75,000 berserta peralatan rumah yang bernilai RM2,000,

“Kita akan berikan mengikut keperluan dan bersasar.” ujar Wan Rosdy.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat