Umno tolak Bersatu elak mudarat lebih besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dinaratifkan memecahbelahkan ummah.

Tohmahan ini sama sekali tidak benar sedangkan Umno itu sendiri memayungi penyatuan ummah,” tegas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Agenda itu malah terkandung rasmi dalam perlembagaannya demi agama, bangsa dan negara.

“Seterusnya diharmonikan dalam sebuah gagasan besar milik rakyat Barisan Nasional (BN).

“Umno, MCA, MIC, PBRS dan ‘Friends of BN’ bermuafakat dengan prinsip bangsa Malaysia saling menghormati.Inilah jua asas yang kukuh memupuk kestabilan dan kemakmuran Malaysia selama ini,” jelas Zahid yang juga Pengerusi BN dalam kenyataan pada Rabu.

Sebaliknya, tegas beliau Umno menolak kerjasama dengan Bersatu demi mengelakkan kemudaratan yang besar.

Hal ini kerana, Bersatu sebuah parti yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menamatkan Umno dan BN.

“Apakah rasional Umno diasak dan didesak supaya bersama musuh dalam selimut?

“Keputusan ini tidak bersifat individu, sebaliknya dicapai bersama oleh pimpinan dan akar umbi parti,” ujar Zahid.

Tambah beliau, dalam mendalami perihal pemecah belah ummah harus bersandarkan fakta dan sejarah yang nyata.

“Usaha memecahbelah bermula dengan kewujudan parti-parti politik serpihan angkara krisis tamak kuasa.

“Bermula dengan PKR, disusuli kewujudan Bersatu, Amanah dan Pejuang memangkin kepada perpecahan.

“Para pimpinannya malah pernah bersengkongkol dengan DAP yang mereka sendiri labelkan tidak selari dengan Melayu.

“Rela dipergunakan untuk memecahahbelahkan ummah demi memenuhi kehendak dan cita-cita peribadi,” bidas beliau lagi.

Sedangkan katanya, Umno pula tetap Umno bersama BN membentuk sebuah gabungan rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Tidak pernah memecahbelahkan kesatuan ummah, tidak pernah pernah jua merobek penyatuan bangsa Malaysia.

“Justeru, pada PRU15 pengundi harus berani menilai erti kestabilan dan kemakmuran dalam menetapkan pilihan.

“Usah terkilaf membuat penentuan kerana penyatuan ummah dan rakyat Malaysia kini terletak di tangan anda,” seru Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat