Reformasi Sudah Berakhir, Timbalan Ketua Cabang PKR Umum Keluar Parti

- Advertisement -

CYBERJAYA – Timbalan Ketua Cabang PKR Kemaman, Che Meriah Che Endut hari ini mengumumkan keluar parti bersama sekumpulan penyokongnya.

Turut serta keluar parti ialah bekas Timbalan Ketua Cabang bagi sesi 2018-2022, Laidin Rahim, yang juga merupakan suami kepada Che Meriah Che Endut.

Memetik laporan Utusan, Laidin Rahim berkata keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri selepas melihat reformasi yang selama ini diperjuang parti itu telah berakhir.

Seramai 600 ahli dan penyokong PKR Cabang Kemaman yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu turut memohon untuk menyertai UMNO.

“Selepas lebih 20 tahun berjuang dengan PKR, namun saya perlu lupakan parti itu dan lakukan perubahan.

“Mesej kami jelas, kami mahu bantu menangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan kami akan cuba tarik pengundi atas pagar menyokong BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini.

Dalam pada itu itu, Ahmad Said berkata, perkembangan tersebut memberi gambaran positif kepada BN negeri untuk memenangi kerusi pada PRU15.

“Saya mengalu-alukan kehadiran mereka bagi memastikan misi dan visi kita khususnya untuk menawan kembali Parlimen ini yang sebelum ini merupakan antara benteng terkuat BN di negeri ini.

“Mereka juga sedar perjuangan mereka bersama PKR selama ini sia-sia dan hanya diperguna kepimpinan parti itu yang akhirnya tidak mampu menunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana manifesto masing-masing,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat