Gangguan Air: Netizen Luah Rasa Kecewa, Geram

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

KUALA LUMPUR – Netizen membanjiri media sosial semalam dengan luahan rasa kecewa dan geram berikutan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Khamis yang menjejaskan 1.2 juta pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Ramai yang mempersoalkan mengapa masalah ini berulang dari tahun ke tahun dan memohon pihak berkaitan agar menangani isu ini dengan bertanggungjawab, malah ada juga yang tidak dapat menahan diri daripada meninggalkan komen berbaur sindiran berhubung perkara itu.

Seorang pengguna Facebook, Amri Karim cuba memberikan fakta sebenar kepada pihak berkuasa mengenai jumlah kompaun yang dikenakan sebanyak RM60,000 ke atas sebuah kilang yang didakwa dalang di sebalik pencemaran air itu, adalah tidak berbaloi.

“Denda RM60,000, yang kena 1.2 juta pengguna. Kalau RM60,000 itu bagi kepada 1.2 juta orang, dapatlah seorang lima sen,” katanya.

Berdasarkan siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, didapati bahawa kilang di Rawang yang melakukan pembaikan dan penyelenggaraan mesin berat itu menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor.

Malah, ini bukan kali pertama kilang itu menyebabkan pencemaran bau di sungai kerana kompaun RM60,000 itu dikenakan terhadap kilang terbabit pada Mac lepas, semasa fasa pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seorang lagi pengguna, Fei Meng berkata dia terfikir untuk menyaman pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap isu ini dengan menyatakan: “Bolehkah kita saman Air Selangor, LUAS, SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) dan kerajaan kerana ketidakcekapan dan gagal melaksanakan tugas untuk menjamin dan melindungi sumber air yang merupakan elemen paling penting bagi kehidupan”.

Bagi Jynna Ong, pelaku terhadap masalah ini perlu bertanggungjawab dan dihukum berat sekiranya didapati bersalah.

“Dalang di sebalik masalah ini harus bertanggungjawab sepenuhnya kerana menyebabkan kesengsaraan, kesusahan dan keseksaan kepada 1.2 juta penduduk Lembah Klang atau lebih!” katanya.

Sementara itu, Ajay Dev menggesa Air Selangor untuk memandang serius perkara ini dan memikirkan bagaimana rakyat perlu menanggung masalah ini yang sering berlaku.

Heeran Kaur dari Petaling Jaya pula memuat naik petisyen untuk mengklasifikasi pelakunya sebagai pengganas kesihatan dan alam sekitar.

Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah mula beroperasi semula secara berperingkat pada pukul 10.30 malam tadi dan mengambil masa kira-kira 10 jam untuk aktiviti mencuci dan mengepam sebelum dapat beroperasi sepenuhnya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

Covid-19: Empat Daerah Di Sabah Dikenakan PKPD Bersasar

KUALA LUMPUR — Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat...