ASUS ROG bakal lancar ROG Phone 3 malam ini

- Advertisement -

JENAMA terkemuka kelas permainan ASUS menerusi Republic of Gamers (ROG) bakal melancarkan telefon pintar kelas permainan terbaharunya malam ini.

Peranti berkenaan akan dilancarkan dalam dua variasi iaitu untuk kelas premium dikenali sebagai ASUS ROG Phone 3 manakala untuk kelas permainan biasa dikenali ROG Phone 3 Strix Edition.

Menyentuh aspek spesifikasi bagi ASUS ROG Phone 3, ia menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 865+ yang mempunyai cip jaringan 5G terbina dan dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 12GB hingga 16GB.

Sistem operasi berasaskan kepada Android 10 yang menggunakan antara muka ROG UI dan pengguna boleh memilih storan bermula 128GB hingga 512GB mengikut kegunaan yang dirasakan perlu.

Keluasan skrin adalah 6.59 inci menggunakan paparan berteknologi AMOLED HDR10+ manakala paparan berkenaan berkeupayaan 144Hz.

Mungkin bagi pengguna yang bimbang terhadap pemanasan peranti, ASUS ROG Phone 3 menggunakan teknologi sistem penyejukan GameCool 3 yang menggunakan paip haba lebih besar berbanding generasi terdahulu selain penyejuk ‘Vapor Chamber’ dan ‘Graphite Film’.

Untuk ASUS ROG Phone 3 Strix Edition pula menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 865 dan menggunakan sistem operasi serta antara muka yang masa dengan ASUS ROG Phone 3.

Spesifikasi lain adalah sama dengan ASUS ROG Phone 3 cuma jika menyentuh aspek bersi pemindahan data, wujud jurang prestasi yang agak besar.

Spesifikasi ASUS ROG Phone 3

Pemproses: Qualcomm Snapdragon 865+

RAM: Sehingga 16GB

Storan: Sehingga 512GB

Kamera utama: 64MP + 12MP + 5MP

Kamera swafoto: 24MP

Bateri: 6,000mAh

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat