KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Umno Isham Jalil bertegas sudah memiih nama-nama lawan debat ekonomi untuk berhujah dengannya.
Isham menamakan Datuk Seri Rafizi Ramli, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz atau Akmal Nasrullah Nasir sebagai lawan debat ekonomi, manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai lawan debat politik dengannya.
“Saya ingin berdebat dengan Rafizi, Zafrul atau Akmal Menteri Ekonomi berkenaan ekonomi dan Zahid berkenaan politik (dulu dia pernah ajak berdebat dan saya telah setuju tetapi dia lari).
“Namun mereka tak berani untuk berdebat dengan saya malah pihak kerajaan subcon kan debat ini kepada anak-anak ayam J-Kom yang gigih petik nama saya hari-hari konon nak berdebat dengan saya walaupun mereka tak pernah lulus belajar ekonomi dan kira hutang negara pun salah dan diketawakan oleh ahli ekonomi.
“Saya tidak mahu buang masa berdebat dengan palatau terpaling ekonomi anak-anak ayam J-Kom ini. Itu benda bodoh,” selar Isham.
Isham yang kini mesra Pas berkata, kepada kerajaan, usahlah subcon anak-anak J-Kom seperti “Harun, Wan Dahi, Husin, Faiz Porex, Reez, dan Mail Paip” dan semua anak-anak J-Kom untuk berdebat dengan beliau.
“Minta anjurkan supaya Zafrul atau Rafizi atau Akmal berdebat dengan saya. Jangan hantar anak ayam.
“Nanti saya tak sampai hati untuk berdebat sebab sama ada saya kesian atau ketawa. Bukan saya berlagak tetapi kamu kena agak-agaklah,” tegasnya.



