“Mati Sepatutnya Demokratik”, Kata Lelaki Perancis Dgn Penyakit Kritikal Ini

- Advertisement -

PARIS: Lelaki Perancis dengan pesakit kritikal, merancang untuk menyiarkan kematiannya secara langsung, setelah permintaannya untuk ‘dimatikan secara perubatan’, tidak dipedulikan Presiden Perancis, Emanuelle Macron.

Alain Cocq, 57, dari Dijon di timur Perancis, mempunyai keadaan perubatan yang tidak dapat diubati dan jarang berlaku dimana penyakit itu menyebabkan arteri-arterinya melekat.

Dia menganggarkan dia hanya akan memiliki beberapa hari untuk hidup setelah menghentikan semua ubat, makanan dan minuman, yang dirancang untuk dilakukan pada hari Jumaat jam 11 malam waktu Paris.

Euthanasia (mati secara perubatan) tidak sah di Perancis. Undang-undang Perancis juga menetapkan bahawa penggunaan pelali yang kuat dan berterusan, yang dapat mempercepat kematian seseorang dan membuat mereka tidak sedarkan diri sehingga mereka mati, juga tidak sah kecuali dalam keadaan tertentu yang ditetapkan oleh Undang-Undang Claeys-Leonetti 2016, yang juga menghendaki kematian seseorang segera terjadi.

Tetapi warganegara Perancis berhak menghentikan rawatan perubatan, dan di bawah undang-undang Perancis, mereka yang melakikan ini tidak akan di dakwa kerana membunuh diri (dah mati, siapa pulak peduli nak kena dakwa ke tidak).

Cocq, yang hanya menggunakan kerusi roda dan mengasaskan organisasi untuk memperbaiki kehidupan orang kurang upaya, menulis surat kepada Macron bertarikh 20 Julai meminta Presiden mengizinkannya mati “dengan bermaruah,” menggambarkan “penderitaannya yang sangat menyeksakan.”

“Saya ingin menjelaskan kepada anda bahawa pada hari ini saya mendapati diri saya berada dalam keadaan mempunyai akal sihat, tapi terkurung dalam tubuh yang tidak berfungsi, lumpuh oleh penderitaan,” tulisnya dalam surat itu, yang telah dilihat oleh CNN.

“Mahukah anda bertahan, Tuan Presiden, setelah usus anda dikosongkan ke dalam kantung, pundi kencing anda dikosongkan ke dalam kantung dan anda diberi makan melalui kantung, pihak ketiga mesti memandikan anda, untuk dilumpuhkan oleh rasa sakit yang tidak tertahan ini?” Cocq menulis dalam surat itu.

Cocq mendesak Macron untuk mengkaji undang-undang Perancis yang mencegah profesional penjagaan kesihatan dari mempercepat kematian pesakit mereka yang dengan ubat.

“Saya hanya meminta untuk pergi dengan harga diri, dengan bantuan perubatan yang aktif, kerana tubuh saya yang tidak berfungsi menghalang saya untuk melakukannya sambil dikelilingi oleh keluarga dan rakan saya,” tulisnya.

“Ada yang menggunakan istilah ‘euthanasia aktif’ atau ‘bunuh diri dibantu,’ tetapi bagi saya istilah yang paling sesuai adalah ‘akhir hayat dengan bermaruah dengan bantuan perubatan aktif,'” tulisnya – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat