Muktamad konflik Thailand-Kemboja 7 Ogos ini

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap satu penyelesaian dapat dimenterai dalam memuktamadkan konflik Thailand-Kemboja selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2025.

Menurutnya, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur diyakini mampu menyelesaikan pertikaian sempadan antara kedua-dua negara dan memastikan tiada lagi pelanggaran peraturan di kawasan sempadan yang dipertikai.

“Saya telah tegaskan ini berlaku kerana kerjasama diberikan oleh kementerian-kementerian termasuk Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan juga kerjasama negara ASEAN yang memberi mandat kepada kita dan dukungan Amerika Syarikat dan negara China.

”Berikutnya kita memutuskan serahan hala tuju dalam GBC yang sedang berlangsung dan akan berakhir dengan kehadiran kedua dua menteri pertahanan Kemboja dan Thailand dan mereka akan bertemu saya sebelah pagi, harapnya dapat ditamatkan pada 7 ogos,” jelasnya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang meminta penjelasan mengenai peranan Malaysia dalam usaha menjayakan rundingan perdamaian dan gencatan senjata antara Thailand-Kemboja dalam sesi sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau juga memberitahu telah menghubungi semua Perdana Menteri, Presiden dan Yang Mulia Sultan Brunei untuk mendapatkan mandat serta sokongan.

“Kesemua mereka bersetuju dan telah memutuskan agar atase pertahanan masing-masing terus memantau perkembangan ini.

“Setakat ini keadaan amat terkawal walaupun sangat sensetif dan tegang, ia tidak mudah bila beraku pembunuhan dan tembakan. Ini perlu suhu untuk meredakan kemarahan

”Kita mahu kedua mereka bersetuju muktamatkan dengan saksi oleh Malaysia dan didukung oleh negara ASEAN,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat