1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan Amerika Syarikat Tiba Di Subang

- Advertisement -

CYBERJAYA: 1 juta dos vaksin Pzifer sumbangan kerajaan Amerika Syarikat kepada Malaysia telagh tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pada jam 8.10 pagi tadi.

Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Hussien, berkata Malaysia melalui Wisma Putra  sangat menghargai keprihatinan Amerika Syarikat dalam mengharungi cabaran pandemik Covid-19.

Beliau dan Menteri Penyelaras Progam Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters berada Lapangan Terbang Subang hadir menyaksikan ketibaan bekalan vaksin tersebut.

May be an image of one or more people and people standing

“Bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters di Subang Airport pagi ini – menerima ketibaan 1 juta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat.

“Terima kasih rakan sejawat, TYT Antony Blinken serta Kerajaan US – Malaysia terutama Wisma Putra sangat hargai keprihatinan ini. Semoga hubungan erat  terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran #COVID19!.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat