ATM Bantu Vaksin Penduduk Di Pedalaman Sarawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penduduk di tiga kawasan pedalaman Sarawak sudah divaksin dengan bantuan aset Angkatan Tentera Malysia (ATM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Combat Medic Vaccination Team telah membantu seramai 1,639 penduduk di tiga lokasi pedalaman di Sarawak mendapatkan suntikan vaksin dari 21 Jun sehingga 27 Jun 2021.

“Alhamdulillah.. penduduk di kawasan pedalaman dibantu menggunakan khidmat anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia mendapatkan suntikan vaksin.

“Tiga lokasi pedalaman di Sarawak tersebut adalah Buduk Nur; Ba’kelalan, Long Semado; Lawas dan Long Sukang; Lawas.

“Semoga usaha ini dapat membantu warga emas, OKU dan rakyat di kawasan pedalaman menerima vaksin dengan cepat, mudah dan selamat,” ucap beliau dalam hantaran Facebook.

Ismail Sabri menambah, adalah besar harapan beliau untuk melihat lebih ramai lagi rakyat kita terutamanya di kawasan pedalaman malah warga emas dan OKU menerima vaksin dengan mudah dan selamat.

“Keutamaan saya adalah keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin. InsyaAllah.. kita akan berjaya,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat