Penggambaran Mission : Impossible 7 dihentikan

- Advertisement -

Los Angeles: Beberapa bulan selepas bintang filem, Tom Cruise memaki-hamun kru penggambaran yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal, penggambaran filem Mission: Impossible 7 dihentikan selepas ada antara mereka disahkan positif Covid-19.

Syarikat produksi yang menerbitkan filem lakonan Cruise itu bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah individu yang disahkan positif virus itu.

“Kini kami menghentikan penggambaran Mission : Impossible 7 buat sementara waktu sehingga 14 Jun ini kerana ada yang disahkan positif selepas ujian rutin Covid-19 dijalankan.

“Kami mengikuti semua protokol keselamatan dan akan terus memantau situasi yang berlaku,” kata Paramount Pictures dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, penggambaran filem ini dihentikan pada Februari tahun lalu akibat pandemik yang melanda sebelum disambung semula pada Oktober.

Terdahulu, Cruise dilaporkan memaki-hamun dua kru yang melanggar protokol keselamatan dan rakaman suara itu dikeluarkan media antarabangsa.

“Kita adalah penanda aras. Mereka di belakang sana yang bekerja untuk menghasilkan filem di Hollywood hari ini adalah kerana kita! Mereka percayakan kita dan yakin dengan apa yang kita lakukan!” katanya dalam rakaman suara itu.

Mission: Impossible 7 dijangka akan ditayangkan pada Mei tahun depan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat