Kecewa karya diguna tanpa kebenaran

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelukis ‘doodle’, Kendylife kecewa apabila lukisan yang dihasilkannya digunakan tanpa kebenaran di 67 platform berbeza.

Kendylife atau nama sebenarnya, Kendrick Ng berkata, lukisan ‘doodle’ mengenai Pesta Kaamatan dan Hari Gawai itu digunakan tanpa kebenaran dan pengetahuannya oleh beberapa pihak termasuklah kerajaan badan bukan kerajaan (NGO).

“Setiap tahun saya memang hasilkan lukisan ‘doodle’ untuk setiap perayaan. Saya harap semua pihak perlu tahu mengenai hak cipta dan meminta keizinan terlebih dulu sekiranya ingin menggunakan sesuatu karya untuk tujuan komersil atau rasmi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelukis ‘doodle’ kelahiran Sabah ini, pengkarya perlu sentiasa memastikan ada meletakkan ‘watermark’ di dalam karya yang dihasilkan untuk platform digital di samping berkongsi mengenai proses penghasilannya.

 

“Pada awalnya saya pun tak tahu mengenai lukisan saya digunakan beberapa pihak tanpa kebenaran. Mujur ada pengikut saya di media sosial yang berkongsi mengenainya.

“Mereka tahu bahawa itu adalah karya saya kerana saya sendiri kerap berkongsi proses penghasilannya di media sosial saya. Memang itu menjadi kebiasaan saya.

“Meletakkan ‘watermark’ juga penting. Untuk saya, sebenarnya saya ada selitkan ‘watermark’ saya di dalam setiap lukisan secara tersembunyi,” katanya.

Kendylife berkata, dia tidak hanya bersuara untuk dirinya, tetapi turut mewakili pengkarya-pengkarya seni lain termasuk pelukis, pembuat kraftangan dan sebagainya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat