Kate Winslet tak mahu gambar disunting

- Advertisement -

Bintang siri Mare of Easttown, Kate Winslet menolak ketika pengarah siri itu menyarankan supaya babak yang menampakkan perut buncitnya disunting.

Media antarabangsa melaporkan Winslet sekeras-kerasnya melarang suntingan babak itu, malah tidak mahu poster promosi yang memaparkan dirinya disunting.

“Jangan sekali-kali berani berbuat demikian! Mereka seperti, ‘Kate, biar betul’ dan saya jelaskan kepada mereka, ‘saya tahu berapa banyak garisan yang ada di tepi mata saya dan tolong bagi ia kelihatan semula’,” katanya dalam satu temubual.

Winslet juga menghantar semula poster promosi sebanyak dua kali kepada pihak produksi selepas menyedari bahawa kulitnya dalam poster itu disunting dengan teknik ‘airbrush’.

Menurutnya, penonton akan rasa lebih dekat dengan sesuatu watak sekiranya mereka disajikan dengan sesuatu yang benar atau asli.

Dalam siri itu, Winslet melakonkan watak sebagai detektif yang menetap di pekan kecil dan menyiasat mengenai kes pembunuhan yang berlaku di situ.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat