Siapa Pun Letak Jawatan, UMNO Tak (Sepatutnya) Goyang, Fokus PRU Akan Datang

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

PAKATAN pembangkang difahamkan mengadakan sekurang-kurangnya 2 mesyuarat semalam melibatkan 2 pemimpin yang berbeza, satu dengan bekas Perdana Menteri dan satu lagi, dengan bakal Perdana Menteri.

Siapa panggil siapa, siapa nak jumpa siapa, itu tak dapat dipastikan. Tapi lantaklah sebab bukanlah penting mana pun Walaupun ada yang cuba mengaitkan pertemuan itu dengan perjumpaan antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid malam sebelumnya.

Yang nak dituliskan hari ini ialah tentang perkembangan baru semalam bila seorang Timbalan Menteri letak jawatan susuli pergolakan yang berlaku di dalam partinya.

Perletakan jawatan ini kemudian dihujahkan beberapa pemimpin pembangkang sebagai bukti kerajaan Perikatan Nasional (PN) Yang sedia memerintah dengan majoriti kecil, semakin kecil jadinya dan boleh tumbang bila-bila masa.

Dari satu segi hujah itu sekadar mempamerkan kebodohan walaupun dari satu segi yang lain, betullah majoriti PN sekarang memang kecil.

Kawan tu letak jawatan dalam kerajaan bukan dalam politik. Apa kaitan dengan majoriti semakin menipis atau tidak?

Tapi apa pun, UMNO,BN dan PAS tak seharusnya terjejas dengan apa pun perletakan jawatan kawan-kawan dalam PN ini. Sebab dari awal pun, UMNO terutamanya memang nak pilihanraya umum diadakan susulan dari krisis politik yang melanda negara Februari sudah.

Bila mandat diberi, dan kemudian mandat dikhianati (janji tak ditepati), maka pulang kepada rakyat untuk menentukan pilihan semula. Begitupun atas beberapa faktor, itu tidak berlaku sebaliknya, kerajaan PN dibentuk dengan majoriti paling tipis dalam sejarah negara.

Kita akur tetapi tak mengubah hakikat PRU tetap jadi pilihan utama. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan pertemuan Najib-Zahid kelmarin.

Jadi tak usahlah pembangkang membuang masa menakut-nakutkan UMNO dengan kebarangkalian kerajaan sedia ada akan tumbang. Hakikat itu kami dah hadam sejak hujung Februari lagi bahawa kerajaan dok ada sekarang memang tipis majoritinya.

Pakatan yang konon kukuh selepas menang PRU14 itupun melingkup juga sebelum masa, apa lagi PN ye tak? Apa saja boleh berlaku tapi pemimpin kami rasanya yakin bahawa kesudahan kali ini ialah pembubaran parlimen dan PRU15 diadakan.

Bukan kembali semula ke tangan pakatan.

Haikal Marmun
Gopeng

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat