Polis Panggil Ahli Parlimen DAP Beri Keterangan

- Advertisement -

Ipoh – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam berhubung satu hantaran dalam Facebook miliknya Mac lalu.

Kah Woh memberi keterangan hampir lima jam kepada polis berhubung hantaran yang berkaitan makluman pengoperasian pasar awam pada fasa pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Kah Woh berkata, beliau dipanggil sebagai saksi dan orang kena siasat terhadap laporan berkaitan hantaran Facebook itu.

“Setelah dimaklumkan oleh pihak polis untuk hadir beri keterangan, tetapi saya berpendapat tindakan ini merupakan suatu yang bermotifkan politik.

“Hantaran itu sudah berlalu hampir tiga bulan dan baru sekarang saya diminta untuk beri kenyataan,” katanya.

Kah Woh berkata, hantaran itu adalah satu perkongsian maklumat kepada masyarakat setelah membuat semakan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Pihak kami telah mendapat pengesahan daripada Datuk Bandar ketika itu serta pegawai kanan MBI. Kita mempunyai rekod dalam WhatsApp.

“Tetapi Pejabat Menteri Besar membuat ‘u-turn’ dengan melempar tuduhan tidak berasas menyatakan saya menyebar berita palsu,” katanya.

Justeru, pihaknya mendesak polis untuk melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Media pada 20 Mac lalu, melaporkan kenyataan pemangku Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang menyatakan pengoperasian pasar awam sepanjang tempoh PKP sekali gus menafikan kenyataan Kah Woh ketika itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat