Ziarah Ibu Bapa Lepas PKPB Ditamatkan Kata Zahid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarakan agar masyarakat melakukan ziarah kepada ibu bapa tidak kira dimana pun mereka berada sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

Melalui laman Facebooknya sebentar tadi, Zahid turut memuatnaik poster Kementerian Kesihatan yang memaparkan data penurunan kes Covid-19.

“Sebaik sahaja PKPB ditamatkan, perkara pertama yg harus dilakukan oleh semua ialah ziarahi kedua-dua ibu bapa kita di mana jua mereka berada.

“Ibu bapa yang telah meninggalkan kita, doalah roh mereka ditempatkan dalam kalangan golongan soleh dan beriman. Aamiin,” sarannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada Khamis memaklumkan kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia hanya empat kes.

Manakala tiada rekod kematian yang dicatatkan.

Dr Noor Hisham turut berkata tindakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah berjaya mengawal penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia.

Perkara itu terbukti apabila angka positif COVID-19 melibatkan rakyat Malaysia kekal satu angka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas PDK di lapangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat