Anggota TLDM berenang dalam kolam renang cedera kena serpihan helikopter

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang berenang dalam kolam renang berhampiran disahkan cedera susulan nahas dua helikopter bertembung di udara dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini.

Memetik laporan Sinar, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mangsa mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan daripada helikopter Fennec yang terjatuh dalam kolam renang.

“Tiada orang luar mengalami kecederaan, melainkan seorang sahaja yang kebetulan sedang berenang di kolam renang tersebut,” katanya, semasa melakukan lawatan ke tempat kejadian.

Laporan itu bagaimanapun menjelaskan beliau tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota tersebut.

Terdahulu, dalam kejadian jam 9.32 pagi tadi, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Nahas itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat