Pekan Padang Besar Kembali Meriah Sepanjang Ramadan

ADANG BESAR: Pekan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand kembali meraih, apabila mula menjadi tumpuan orang ramai melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal yang berbaki beberapa hari lagi.

Tinjauan Bernama mendapati bahawa kedai, kompleks Padang Waremart Padang Besar dan Arked Niaga Padang Besar, mula dipenuhi pengunjung sejak awal Ramadan setelah sepi hampir setahun sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dan penutupan pintu sempadan pada Mac tahun lalu,

Salah seorang pengunjung Mohamad Faiz Aiman Mohd Zaimi, 23, berkata, beliau selesa membeli-belah di pekan ini kerana terdapat pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan.

“Saya datang ke sini (Padang Besar) bagi membeli beras pulut, untuk dijadikan sebagai ketupat sebagai hidangan wajib pada 1 Syawal nanti, kerana beras pulut Thailand di sini wangi dan bermutu tinggi,” kata mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UNIMAPs) itu kepada Bernama baru-baru ini.

Turut berkongsi pendapat, Hashimah Ismail, 54, berkata beliau datang ke sini bagi membeli makanan ringgan seperti kerepek, kacang dan keropok, untuk dijadikan menu sampingan untuk saudara-mara, rakan dan jiran datang beraya di rumah.

“Saya mempunyai keluarga yang besar…jika beli biskut raya kosnya adalah tinggi, jadi saya memilih untuk membeli makanan ringgan dari negara jiran (Thailand), kerana ia jauh lebih murah dan sedap,” kata suri rumah itu.

Sementara itu, seorang peniaga Hamidah Abdullah, 65, berkata beliau telah berniaga di kompleks Padang Waremart Padang Besar sejak 36 tahun lalu.

“Alhamdulillah setelah hampir setahun sepi, orang ramai kembali berkunjung ke sini dan hasil jualan mula meningkat dua kali ganda, berbanding sebelumnya,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Penularan Covid-19 Di Asia Cetus Kejatuhan Harga Minyak Dunia

TOKYO – Harga minyak didagangkan lebih rendah pada hari Isnin ketika pemulihan rangkaian saluran paip utama Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kebimbangan terhadap bekalan dan...

Arsenal Tolak Tawaran Pengasas Spotify

PENGASAS Spotify mengesahkan pada Sabtu tawarannya untuk membeli Arsenal ditolak kelab berkenaan. Menurut Daniel Ek, dia menghormati keputusan pengurusan The Gunners namun minatnya terhadap kelab...

Permintaan Tenaga Kerja Digital Meningkat – MDEC

CYBERJAYA: Jawatan kosong bagi sektor ekonomi dan kemahiran digital di Malaysia telah menyaksikan peningkatan hampir tiga kali ganda bermula Jun 2020 hingga April 2021....