PM Pengerusikan Mesyuarat MTKB Kali Pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Kemakmuran Bumiputera (MTKB), semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri keahlian MTKB terdiri daripada 21 orang menteri kabinet; empat ketua jabatan; dua ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC); tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India, serta tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

Antara tokoh-tokoh tersebut termasuk Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Prof Datuk Dr Aini Ideris, Datuk Dr Asma Ismail, Datuk Dr Medeline Berma dan Prof Datuk Dr Denison Jayasooria.

Kenyataan itu memaklumkan, MTKB berperanan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Ini termasuk mementukan sasaran, indikator makro dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara, yang akan dirangka secara inklusif serta menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030,” demikian menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook rasmi Muhyiddn hari ini.

Unit penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB.

Tambah kenyataan itu, turut diwujudkan ialah Jawatankuasa Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat