‘Berilah Lan ruang’ – Saiful Apek

- Advertisement -

Bandar Baru Bangi: Pelawak dan pelakon Saiful Apek percaya pasti ada sesuatu yang menyebabkan anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet bersikap agresif sehingga memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan seperti dalam video yang tular semalam.

Apek yang juga anggota kumpulan lawak itu berkata, sepanjang mengenali Lan dia bukanlah seorang yang bersikap panas baran atau cepat melenting.

“Saya percaya ada sesuatu yang dilontarkan kepadanya hingga menyebabkan dia menjadi luar kawalan. Saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh ‘haters’, tetapi saya berjaya kawal keadaan dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Ia cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.

“Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang khilaf. Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Vieura 2021 di sini, semalam.

Menurut Apek, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan pihak lain dan sehingga kini belum menghubungi Lan untuk bertanyakan situasi yang berlaku.

“Saya tahu pun selepas diberitahu orang lain. Saya juga tidak menghubungi Lan sebab saya kenal sahabat saya. Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa. Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dia lalui.

“Saya berkata begini bukan kerana nak menyebelahi kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat ‘jatuh hukum’. Kami (Senario) sudah seperti keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan ‘sejuk’ dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan penjelasannya mengenai kejadian itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu lalu, Lan dikatakan berselisih faham dengan seorang penghantar makanan di hadapan kedutaan Rusia di Kuala Lumpur.

Lan juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, pernah mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat