Hadi Awang dah sihat tak perlu ganti Presiden Pas

KUALA LUMPUR- Tahap kesihatan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang semakin baik memberi isyarat tiada keperluan untuk menggantikan kedudukan beliau sebagai Presiden Pas.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Mohd Asri Mat Daud berkata, parti itu masih memerlukan pengalaman Abdul Hadi untuk terus memimpin dalam mendepani arus politik negara yang semakin.

Katanya, golongan ulama perlu kekal memimpin Pas di peringkat Pusat selari dengan dasar yang diamalkan parti itu sejak sekian lama.

“Bagaimanapun peringkat negeri boleh memilih calon ulama dan dan profesional sebagai pemimpin.

“Pemimpin silih berganti dan Pas sentiasa mengutamakan golongan ulama,” katanya ketika selepas Majlis Mesra Kaum di Dewan Perniagaan Cina, di Kelantan, lapor Utusan.

Media itu sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, Terengganu selepas lebih sebulan tidak melakukan rutin mingguannya itu kerana menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mengulas dakwaan pertembungan golongan ulama dan profesional dalam pemilihan Pas, Mohd. Asri berkata, ia hanya bersifat naratif.

Katanya, pertembungan sedemikian memang tidak pernah berlaku sejak dahulu.

“Dalam Pas ia sudah tidak disebut lagi (pertembungan golongan ulama dan profesional). Mengapa masih ada pihak tertentu yang bawa naratif dan ditimbulkan semula?,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat