Najib Saran Projek Infrastruktur Dipercepatkan Elak Pelaburan Tempatan Negatif

- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa kerajaan PN untuk mengambil peluang dari penurunan harga komoditi sekarang untuk mempercepatkan dan memperluaskan projek-projek infrastruktur seperti ECRL, MRT2, MRT3, LRT3, Pan Borneo Highway, RTS, HSR Dan projek-projek solar atas kolam.

Ini kata Najib ialah bagi membantu pertumbuhan pelaburan awam setelah Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan ramalan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar -2.0% hingga 0.5% untuk tahun ini.

Menurut Najib lagi, dalam krisis ekonomi akibat dari wabak COVID19 ini, kerajaan patut berbelanja tinggi untuk pelaburan sebagai langkah untuk menyuntik dana dan merancak ekonomi tempatan.

“Ianya jelas dari graf dibawah ini bahawa ekonomi yang sudah teruk dibawah regim Gagalkrasi PH akan menjadi lebih teruk lagi pada tahun 2020”.

Angka pertumbuhan pelaburan awam tidak boleh negatif, jelas Najib.

“Jika pelaburan swasta negatif dan pelaburan awam juga negatif, siapa yang melabur pada tahun ini untuk menyokong ekonomi kita pada masa krisis Covid?”,tanya Najib lagi – Facebook Najib Razak.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat