COVID-19: Sanitasi Lokap Dibuat Setiap Hari – KPN

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau sanitasi terhadap semua lokap di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata beliau mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis daerah agar proses sanitasi di setiap lokap dijalankan setiap hari.

“PDRM sentiasa laksana tugas dengan mengambil kira hak asasi manusia dan semua pihak perlu faham akan tugas pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata setakat ini, 33 anggota pasukan keselamatan itu disahkan positif COVID-19, manakala kira-kira 750 ahli keluarga mereka diarahkan menjalani kuarantin.

“Seorang pegawai telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19, dan ada yang dijangkiti kerana pergi ke luar negara serta dijangkiti daripada kluster ahli tabligh,” katanya.

Abdul Hamid juga menjelaskan semua anggota yang bertugas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarahkan memakai penutup hidung dan mulut serta mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Prosedur operasi standard (SOP) di sekatan jalan raya sudah ada, antaranya anggota yang bertugas tidak dibenarkan pegang kereta ketika bertanya serta digalakkan untuk kerap mencuci tangan,” katanya.

Ketua Polis Negara juga meminta orang ramai agar mematuhi PKP bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan, sekali gus membolehkan keadaan di negara kembali seperti sedia kala.

“PKP ini dilaksana bukan untuk menyusahkan orang ramai tetapi demi untuk keselamatan, dan semua pihak diminta faham serta patuh arahan PKP,” katanya. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan