Hafiz minta maaf, bukan untuk riak atau takbur

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial yang mencetuskan kontroversi Hafiz Mohamad memohon maaf jika melukakan mana-mana pihak.

Jelasnya, perkongsian video aksi berebut-rebut dan menarik kumpulan jemaah terdiri dari kakitangan untuk mencium hajar aswad ketika menunaikan Umrah bukan untuk riak atau takbur.

Katanya lagi, video dimuat naiknya itu bukan ‘content’ yang dibuat untuk mencari perhatian hingga ibadahnya terabai.

“Saya minta maaf jika melukakan mana-mana pihak, niat saya berkongsi kerana pada saya itu adalah manfaat, bukan untuk riak atau takbur,”

“Benda itu (cium Hajar Aswad) dibuat selepas kita tawaf sunat, selepas buat umrah, selepas kita solat Duha, solat di Hijir Ismail, yang wajib semua kita selesaikan baru kita pergi ke perkara sunat.

“Ia (video) dirakam pasukan saya atas dasar kenangan, semuanya pasukan yang ambil.

“Saya hanya fokus jaga keselamatan pasukan yang saya bawa dan Alhamdulillah, tiada apa memudaratkan diri pasukan saya keluar dengan selamat cuma saya sakit pinggang sikit sebab kena tahan orang.

“Kalau tak tahan, tak sekat, tak lindung habislah pasukan perempuan saya lemas,” katanya menerusi hantaran video di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terdahulu, video yang dimuat naik di media sosialnya mendapat kecaman netizen kerana menunjukkannya bersesak-sesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangannya untuk mencium Hajar Aswad.

Disamping itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga membuat teguran dengan menasihatkan jemaah haji dan umrah untuk tidak berebut-rebut merakam video dan gambar mencium Hajar Aswad sekiranya ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai.

Jelas Dr Zulkifli, jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

‎‎”Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu,” kata Dr Dzulkifli.

Dalam pada itu, Ujar Hafiz, selama tujuh tahun berpeluang ke Tanah Suci, dia tidak pernah berkongsi video sedemikian. Dia terbuka hati berkongsi video itu dengan harapan mereka yang menonton dapat membuat persediaan sebelum datang ke Tanah Suci.

“Saya kongsi nak jadikan kenangan dan wujudkan keberanian kepada sahabat saya untuk datang ke sini (Tanah Suci).

“Maksudnya bila kongsi mereka dapat lihat bagaimana sebenarnya (gambaran) bumi Allah, ada cabaran beribadah dan bersedia daripada sekarang supaya tak takut apabila sampai.

“Pasukan saya bukan orang senang, ramai orang susah untuk sampai ke sini jadi bila ada rezeki datang saya minta mereka cuba usahakan pergi cuba solat dalam Hijir Ismail, cium Hajar Aswad dan solat depan Kaabah walaupun dalam keadaan sukar kerana tak nak pergi tapi balik ralat.

“Saya tolong pun (cium Hajar Aswad) pun bukan nak jadi hero tapi dengan harapan boleh dicontohi pasukan saya dan waktu awal kongsi dapat maklum balas positif,” katanya.

Katanya lagi, beliau mengambil keputusan untuk memadam video untuk menjaga keharmonian dan mendapat banyak mencetus perbalahan di laman media sosial miliknya.

Beliau berharap netizen tidak bergaduh dan tidak mahu mengulas panjang serta berharap para pengikutnya di media sosialnya sampai ke Makkah dengan keberanian.

Bagaimanapun, Hafiz mengambil keputusan memadam video berkenaan selepas melihat perkongsiannya mencetuskan banyak perbalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat