UND3RGROUND satukan tiga gergasi Indie disatu pentas, Butterfingers, Hujan dan Bunkface

- Advertisement -

Berlangsungnya sebuah konsert yang mengabungkan tiga gergasi indie negara di satu pentas, Showcase yang paling gempak pada tahun ini yang diberi nama konsert “UND3RGROUND” yang mengabungkan tiga band hebat iaitu Butterfingers, Hujan dan Bunkface.

konsert yang telah berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon telah berjaya menghimpunkan seramai 6000 peminat untuk melihat persembahan yang bergitu bertenaga yang berlangsung selama 3 jam bermula pada  jam 8.30 malam

Tirai pembukaan Showcase UNERGROUND dimulakan dengan ketiga tiga band beraksi bersama sambil masing-masing menunjukkan kehebatan dan harmoni ketiga tiga kumpulan tersebut. Butterfinger dengan Vio Pipe, hujan Luka Mana dan Bunkface dengan Bunk Anthem.

Tiba giliran Bunkface menguasai pentas dengan memberikan persembahan yang cukup bertenaga dan dimulakan dengan lagu Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza dan lagu High School Rocker yang membuatkan “Bunkers” seperti histirea dengan persembahan mereka.

Persembahan Bunkface diteruskan dengan Silly Lilly, Rentak Laguku, Darah Muda, Panik dan Setuasi yang sudah tentunya mengamatkan seluruh kawasan Surf Beach dengan sorakan Bunkers yang puas melihat persembahan mereka.

Hujan mengambil alih pentas dengan sorakan daripada ‘Raingers’ yang menanti nantikan persembahan dari Hujan, persembahan dibuka dengan lagu Perindu Kalbu dan Jiwa Kelajuan Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Pagi Yang Gelap, Mencari Konklusi, Dugaannya dan menutup dengan Empayarmu.

Hujan yang dibaris Noh Salleh, AG Coco, Azham dan Izzat mengubati rindu peminat mereka dengan lagu-lagu yang pernah mengangkat nama band mereka dahulu, tidak ketinggalan juga Raingers membuat “mosh pit” ditengah tengah penonton.

Seterusnya Butterfingers masuk ke pentas dan menguasi seluruh pentas dengan lagu Jelly, Moksha, Garden City of Lights, Chrome, Girl Friday, Faculties of The Mind, Selamat Tinggal Dunia Taman Tasik Perdana dan Tentang Tentang.

Kesemua lagu lagu tersebut sudah tentunya mengimbau kembali nostalgia buat semua ‘Royal Butter’ yang mula mengamatkan semula suasana di tempat itu, Pastinya mereka akan pulang dengan kepuasan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, En. Rohit Rampal, “Kami memilih showcase UND3RGROUND bagi meraikan tahun ke-15 penubuhan Hitman Group sebagai penghargaan kepada perjalanan perniagaan yang kami terajui dengan kerja keras yang telah diusahakan selama beberapa dekad ini yang selari dengan pengalaman band-band yang terlibat dalam showcase ini.

“Ia adalah kombinasi yang bersesuaian dengan kejayaan yang telah diraih oleh pengkarya indie negara, bermula dari bawah sehingga dikenali dan disegani, disamping menyediakan platform untuk pengusaha bebas.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat