Rakyat Johor ‘malas’ nak berpolitik cuma akan terjemah di kertas undi

- Advertisement -

PRN JOHOR – Pengundi Johor rata-rata mengharapkan perubahan pucuk pimpinan lebih baik selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan memilih 12 Mac ini.

Variasi pandangan dizahirkan rakyat Johor namun pokok pangkalnya mereka tetap mahukan perubahan yakni pembentukan kerajaan yang mementingkan dan membela rakyat.

Hasil pemerhatian Suara.TV mendapati dalam ceramah kelompok, kempen dan juga walk-about parti-parti bertanding, majoriti rakyat Johor lebih memilih untuk tidak sertai dan mereka cuma memerhati dari jauh.

Nak dikatakan mereka tidak peduli tapi mereka tahu cuma tak mahu ikut campur urusan politik.

Nampaknya rakyat Johor memilih untuk menjadi ‘pemerhati politik’ dan akan menterjemahkan sokongan pada kertas undi 12 Mac minggu depan.

Pengundi di Johor lebih gemar berborak politik bersama kawan-kawan di ‘port lepak’ mereka berbanding hadir ke acara-acara politik yang diadakan di kawasan sekitar.

Meskipun Presiden mahupun orang besar politik turun mereka tidak kisah, mereka lebih selesa memerhati dan berdiskusi dari kejauhan.

Suara.TV berkesempatan menemu bual pemilih-pemilih di Johor dan ini antara harapan dan impian mereka selepas PRN kali ini.

Pengusaha kedai gunting rambut, Haidir Ahmad, 51 mengharapkan keputusan pilihan raya Johor tidak seperti di Melaka iaitu dengan memberi kemenangan total kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan negeri perlukan pembangkang untuk proses semak dan imbang.

Haidir Ahmad

“Di Johor ini Perikatan Nasional (PN) dan BN ada peluang 50/50, Melayu Johor mesti nak UMNO juga.Tapi kita kena sedar undi 18 penentu kepada game politik di Johor.

“Rakyat Johor sebenarnya memang menantikan perubahan, penyusunan kepimpinan yang lebih baik. Rakyat memang bandingkan corak kepimpinan kerajaan, kita tak mahu dah pemimpin tak ikhlas dan tak berkelayakan.

“Kita nak hidup stabil. Kalau dah jadi kerajaan tu bela lah rakyat utamakan agama,bangsa dan negara. Kami mahukan jaminan untuk generasi akan datang, tak mahu masa depan yang terumbang-ambing.

“Kita tak mahu wakil rakyat yang mencuri, jadilah pembela rakyat,” katanya.

Nelayan, Daud Fuad, 56, pula memberitahu rakyat Johor sememangnya tidak menginginkan pilihan raya ini kerana ancaman bahaya COVID-19.

“Kerajaan suruh kita patuh SOP, tetapi bila tiba pilihan raya mereka pula yang langgar SOP.

“Parti Melayu yang ada banyak berpecah, ini buktinya orang Melayu gila kuasa, tak kira parti mana, semua sama. Beria-ia nak mengundi.

“Walaupun saya cuma nelayan tapi saya boleh berfikir, siapa naik pun pasti akan ditekan sampai letak jawatan. Penat rakyat pilih akhirnya tukar juga.

“Saya cuma mahu orang yang memerintah itu Melayu, ada agama dan tak tinggal solat. Tak kisah parti mana asalkan tidak munafik,”
tegasnya.

Kata Daud lagi dia tidak rasa anak-anak muda Melayu yang berumur 18 peduli apatah lagi keluar mengundi pada 12 Mac ini.

“Budak umur 18 sibuk bercinta, main game,gajet, merempit. Saya tak rasa mereka akan bawa perubahan dalam politik,” katanya.

Pemandu teksi, Tee Tiam Kee, 70, berkata dia sangat mengharapkan perubahan menyeluruh dalam PRN Johor minggu depan.

“Saya harapkan ubah sikit, bagi peluang kepada Harapan (PH). UMNO dah pegang lebih 60 tahun tapi tak berapa berubah.

“PH cuma sempat teraju kerajaan 22 bulan saja, tak sempat buat apa-apa perubahan.

“Saya tahu Johor ini kuat UMNO, tapi buatlah perubahan sekali,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat