Trump Atau Biden? Fahami Perbezaan Perjalanan Pilihan Raya Presiden AS

- Advertisement -

PILIHAN RAYA Presiden Amerika Syarikat kali ini mencatat kelainan dari segi pelaksanaannya berbanding sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.

Namun sistem yang dilaksanakan tetap sama, cuma agak berbeza dengan yang dipraktikkan di Malaysia.

Pengundi di Amerika Syarikat bakal menentukan siapa di antara Donald Trump atau pencabarnya dari Demokrat, Joe Biden akan dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun lagi.

Namun, jumlah undi paling banyak atau undi popular tidak menentukan seseorang calon memenangi jawatan presiden.

Sebaliknya, calon jawatan itu akan ditentukan oleh seberapa banyak undi elektoral yang akan dimenanginya.

Ini dibuktikan pada tahun 2016 apabila Donald Trump memenangi jawatan Presiden kerana mempunyai angka majoriti undi elektoral walaupun Hillary Clinton memenangi undi popular hampir tiga juta.

Sebanyak 538 diperuntukkan untuk undi elektoral di negara itu yang mana mewakili individu yang akan dipilih untuk menjadi anggota electoral college atau lembaga pemilih.

Kebiasaannya, mereka diberi kepercayaan untuk mengundi calon Presiden Amerika Syarikat yang memengani undi paling banyak di sesebuah negeri.

Apabila pengundi membuang undi untuk pemilihan presiden November ini, mereka sebenarnya akan memilih satu pemilih electoral dari negeri mereka.

Pemilih electoral ini kemudian akan memberikan undi untuk calon presiden yang paling banyak memenangi undi di negeri tersebut.

Inilah yang dinamakan undi electoral.
Bilangan penduduk di sesebuah negeri di Amerika Syarikat akan menentukan berapa bilangan undi electoral yang diperlukan dalam lembaga pemilihan itu.

Negeri California yang mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di negara itu akan mempunyai bilangan pengundi electoral seramai 55 orang manakala Texas pula ialah 38 orang dan New York serta Florida masing-masing 29 orang.

Negeri yang kurang penduduk iaitu Alaska, Delaware, Vermont dan Wyoming pula masing-masing mempunyai jumlah minimum tiga pengundi elektoral dalam lembaga pemilihan itu.

Seseorang calon memerlukan 270 undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat.
Pada kebiasaannya, keputusan undi elektoral itu boleh diketahui secara tidak rasmi selepas undi popular sesebuah negeri diketahui.

Pada Pilihan Raya Presiden AS 2016, bekas setiausaha negara Hillary Clinton yang mewakili parti Demokrat memenangi undi popular menewaskan Trump.

Bagaimanapun, Trump memenangi undi electoral iaitu sebanyak 304 undi berbanding Clinton yang memperoleh sebanyak 227 undi electoral.

Ia adalah disebabkan Trump memenangi undi terbanyak di kubu kuat parti Demokrat iaitu Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin sekali gus beliau memperoleh undi electoral di ketiga-tiga negeri berkenaan – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat