Labur RM100j bantu penggiat seni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak meledaknya pandemik COVID-19 nyata menjejaskan banyak sektor pekerjaan termasuk industri seni dan kreatif.

Namun, demi membantu meningkatkan industri kreatif yang hampir lumpuh, syarikat produksi terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd membuka peluang kepada kira-kira 1,000 pelakon dan kru produksi dalam menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan dengan pelaburan bernilai RM100 juta.

Secara purata, setiap filem akan menelan belanja sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta, bergantung kepada keperluan produksi. Dan projek mega itu dijangka dapat memberi manfaat kepada 120 pelakon dan membuka peluang pekerjaan kepada 600 hingga 800 kru produksi untuk 12 filem global dalam tempoh 24 bulan untuk disiapkan.

Pengasas dan Pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, pihaknya membuka peluang kepada penggiat seni untuk menjadi sebahagian daripada 12 projek filem mega itu.

“Tidak hanya pelakon popular, kami juga membuka ruang kepada pelakon senior, baharu dan watak pembantu untuk filem yang bakal memulakan penggambaran pada November ini.

“Setiap filem akan menggunakan khidmat antara dua hingga 10 pelakon utama, selain ramai pelakon pembantu untuk menjalankan peranan ditentukan.

“Kami mahu membuka peluang sama rata untuk penggiat seni, malah pelakon veteran tidak akan diketepikan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian watak dalam filem ini.

“Ia sekali gus memberi peluang penggiat seni tempatan mengembangkan kerjaya lakonan ke peringkat global menerusi dalam 12 filem diterbitkan ini.

“Apa yang dilakukan adalah sebahagian usaha menyemarakkan industri kreatif yang hampir lumpuh selama hampir dua tahun ekoran penularan pandemik COVID-19,” katanya kepada BH Online.

 

CL Hor (dari kiri) bersama Saraleana dan Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim. - Foto Ihsan Zebra Studio
CL Hor (dari kiri) bersama Saraleana dan Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim. – Foto Ihsan Zebra Studio

 

Katanya, uji bakat secara terbuka akan diadakan dua bulan sebelum penggambaran bermula. Bagaimanapun, sesi uji bakat pertama bakal diadakan penghujung bulan ini.

Menerusi projek mega itu, lima filem berteraskan dialek Melayu membabitkan lokasi penggambaran di Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor, bakal diterbitkan.

Selain itu, empat filem menggunakan dialek Cina dibikin di lokasi Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Turut dirancang, tiga filem bahasa Inggeris yang diusahakan secara bersama dengan kerja penggambaran dilakukan di Korea, Hong Kong, China, India dan beberapa lokasi lain.

Semua filem terbabit bakal ditayangkan di pawagam disusuli platform Over-The-Top (OTT).

Pengarah Zebra Studio yang pernah meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa, CL Hor berkata, dia juga mengalu-alukan pengarah dan penerbit tempatan bekerjasama bersama mereka bagi meningkatkan mutu industri seni dan kreatif.

“Ini termasuklah memberi mereka peluang mengembangkan kreativiti kepada penonton antarabangsa dengan lebih luas menerusi 12 filem ini.

“Sudah tentu ia bukan sahaja memberi peluang membantu pelakon berjuang tanpa mengira bangsa, tetapi menyatukan penggiat seni supaya bekerjasama dengan pengarah berbeza untuk setiap filem,” katanya.

 

CL Hor bersama pasukan produksi ketika penggambaran filem pertama, A Kind Of Love usaha sama bersama produksi Hong Kong di Felda Residence Hotspring, Sungkai, Perak. - Foto Ihsan Zebra Studio
CL Hor bersama pasukan produksi ketika penggambaran filem pertama, A Kind Of Love usaha sama bersama produksi Hong Kong di Felda Residence Hotspring, Sungkai, Perak. – Foto Ihsan Zebra Studio

 

Sehubungan itu, Zebra Studio yang memiliki platform OTT, Get Play akan berkongsi uji bakat terbuka menerusi hantaran media sosial.

CL Hor berkata, mereka yang berminat perlulah mengikuti Facebook dan Instagram @zebrastudiomy jika berminat untuk menyertai projek filem bertaraf mega agar dapat menjadi sebahagian sejarah sinematik Malaysia.

“Pelbagai genre akan diketengahkan seperti komedi, aksi, drama, percintaan, filem berkala dan banyak lagi, bergantung kepada watak.

“Warga seni berpeluang membintangi tiga filem secara berterusan kerana setiap penggambaran akan dijalankan dalam jangka masa antara 20 hingga 35 hari bagi setiap filem.

“Bagaimanapun, projek filem pertama yang dihasilkan dengan kerjasama produksi Malaysia dan Hong Kong sudah disiapkan. Kami sasarkan tayangan pada Tahun Baharu Cina kerana filem ini dalam bahasa Kantonis bergenre romantis,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat