Tan Sri Muhyiddin Dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara – KSN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Jemaah Menteri bersetuju melantik bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Menurut kenyataan media Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah.

“Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk melantik YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin, mantan Perdana Menteri ke-8 sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md. Yasin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang
terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.” Jelas Tan Sri Mohd Zuki.” -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat