Muhyiddin terima pelantikan namun tolak sebarang imbuhan

- Advertisement -

Cyberjaya – Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri namun menolak sebarang pembayaran imbuhan dan elaun bagi jawatan tersebut.

Menurut bekas Perdana Menteri kelapan itu, beliau berbesar hati menerima pelantikan ini dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa searang imbuhan.

“Kepercayaan yang telah diberikan oleh Kerajaan ini merupakan suatu amanah untuk saya meneruskan segala usaha dan perancangan yang telah dimulakan sebelum ini untuk memulihkan negara daripada kesan wabak COVID-19.”

Muhyiddin mengeluarkan kenyataan media sekitar sejam selepas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali mengenai pelantikan beliau.

Dalam kenyataan media tersebut Muhyiddin turut menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin yang telah memperkenankan pelantikan saya.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Menteri, khususnya Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, atas pelantikan ini.”

Menurut Muhyiddin, beliau dan anggota Majlis Pemulihan Negara akan berperanan membantu Perdana Menteri dan Kerajaan bagi membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan seperti mana yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Ini termasuk menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial, pendidikan dan keagamaan serta mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan kepada norma baharu kehidupan selaras dengan peralihan pengurusan COVID-19 yang akan memasuki fasa endemik,” kata Muhyiddin.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat