Katanya lagi, dirinya tidak berada di lokasi kejadian sebagaimana yang terkandung dalam laporan tersebut.

“Laporan tersebut menyebut masa, tarikh dan lokasi tentang ‘interaksi’ tertentu dan beliau memaklumkan waktu itu beliau berada di Negeri Sembilan.

“Ramai saksi boleh mengesahkan kehadiran saya di Negeri Sembilan yang mana ketika itu saya menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu,” katanya.

Terdahulu, tular satu laporan polis di media sosial yang didakwa dibuat seorang wanita mengaitkan Timbalan Presiden Bersatu itu.
Menerusi laporan polis tersebut, wanita terbabit mendakwa Ahmad Faizal mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadap dirinya.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Perikaran Nasional Negeri Sembilan meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan mereka dan seterusnya menolak laporan palsu tersebut.