Infineon Akan Bina Kilang Terbesar Dunia Di Kulim, Pelaburan RM25 Bilion- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat semikonduktor itu untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak €5 bilion (RM25 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3.

“Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.

“Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat iaitu Ketua Pegawai Operasi, Dr. Rutger Wijburg, pada 24 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak lima dekad lalu, Infineon menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka.

Jelasnya, keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia
mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan
semikonduktor global.

“Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk
Perindustrian Baharu iaitu menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai
tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.

“Pengumuman ini juga selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang mensasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia,” katanya.

Kredit foto: Berita RTM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat