Perkasa Pengangkutan awam solusi kesesakan lalu lintas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengangkutan yakin pemerkasaan pengangkutan awam mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jumlah bas yang beroperasi secara purata di Lembah Klang sebanyak 867 bas dengan rangkaian perkhidmatan merangkumi jalan-
jalan utama di semua koridor.

“Manakala sebanyak lebih 20 ribu teksi dan lebih 50 ribu kenderaan e-Hailing sedang aktif memberikan perkhidmatan batuan pertama dan terakhir (1st – last mile) setakat Jun 2022 di Lembah Klang.

“Kerajaan juga telah menjalankan projek-projek bagi meluaskan liputan rangkaian rel bandar sebagai salah satu langkah untuk
meningkatkan perkongsian mod (mode share) pengangkutan awam Projek MRT Putrajaya (MRT2) yang menghubungkan Sungai Buloh
Serdang – Putrajaya sejauh 56.4km dan terdiri daripada 36 buah stesen (tidak termasuk 4 stesen provisional) dijangka siap sepenuhnya
menjelang Januari 2023,” jelasnya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menambah, Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya sepanjang 17.8km iaitu dari Stesen Kwasa Damansara ke Kampung Batu telah pun memulakan operasi pada 16 Jun 2022.

“Jajaran Fasa 1 ini yang melibatkan 12 buah stesen akan memberikan perkhidmatan kepada kawasan-kawasan yang berkepadatan tinggi seperti Sungai Buloh, Damansara Damai dan Sri Damansara di Petaling Jaya, serta Kepong,Jinjang dan Kampung Batu di Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, Ka Siong menambah, menerusi projek MRT3 ataupun MRT Laluan Lingkaran pula, jajaran yang dicadangkan adalah sepanjang 51.3km dan termasuk 2 depoh dan
33 stesen (termasuk 2 stesen provisional).

“10 stesen merupakan stesen pertukaran yang menyambungkan MRT3 dengan stesen-stesen yang sedia ada termasuk KTM, LRT, Monorail, MRT Laluan Kajang dan MRT Laluan Putrajaya.

“Sepanjang 10.7km daripada jajaran MRT3 ialah jajaran bawah tanah manakala 40.1 km lagi merupakan jajaran ternaik (elevated) dan projek dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030,” ujarnya.

Bukan cuma itu, menurut Ka Siong lagi, Projek LRT3 sejauh 37.8 km pula dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2024.

“Selain itu, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif langganan Pas Bulanan Tanpa Had iaitu MY 100 dan MY50 bagi semua perkhidmatan rel dan bas di bawah kendalian syarikat Prasarana Malaysia Berhad.

“Denganhanya membayar RM100 bagi MY 100 atau RM50 bagi MY50, pengguna rel dan bas boleh menikmati perjalanan tapa had selama sebulan,” kata beliau.

Bahkan, menurut beliau lagi bermula 1 Januari 2021, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif
MyRail5 khusus bag perkhidmatan KTM Komuter termasuk di sektor Lembah Klang untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan golongan orang kurang upaya (OKU) kendalian Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB) sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam

Kementerian Pengangkutan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan lebih banyak laluan khas kenderaan pengangkutan awam bagi memastikan kelancaran perjalanan, kata Ka Siong.

“Selain itu, cadangan waktu bekerja fleksi juga dapat membantu mengurangkan isu kesesakan jalan raya selain kajian untuk mengenakan caj kesesakan di bawah Akta 715 bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,” jelas beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Pun begitu, Fahmi dalam ulasannya berkata, waktu ini nampaknya kerajaan masih beri tumpuan kepada projek mega seperti MRT 3 (RM50.2 bilion untuk 51.3km, atau RM0.98 bilion/km – amat tinggi), dan tiada banyak idea baharu untuk selesaikan terutamanya isu ‘first mile/last mile’.

“Jika kerajaan serius mahu Kuala Lumpur menjadi bandaraya rendah karbon menjelang 2030,kementerian perlu kaji semula dasar peralatan mobiliti peribadi (personal mobility device, PMD) seperti e-scooter dan lain-lain, serta membenarkan e-hailing motosikal dilaksanakan.

“Ini untuk mengurangkan jumlah pengguna kenderaan persendirian yang keluar masuk Kuala Lumpur, yang kini dianggar 4-5 juta orang setiap hari, dan secara langsung mengurangkan ‘carbon emission’,” cadang beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat