Polis Siasat Mangsa Kemalangan Maut Kemungkinan Pesakit Covid-19

- Advertisement -

KLUANG: Seorang warga emas berusia 71 tahun, meninggal dunia selepas Perodua Ativa dipandunya terbabas di pembahagi jalan berhadapan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) di sini, pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsul Amri Mohd Shahab berkata, mangsa dikenali sebagai Tan Tian Seng yang memandu dari arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Kluang

“Sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dengan kekuatan 11 anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 9.59 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuka pintu kereta mangsa dan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dalam tempoh lima minit

“Mangsa dikeluarkan dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam lebih 11.02 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa adalah pesakit Covid-19.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat