Letak Jawatan, Mengapa Perlu Tunggu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kabinet dari UMNO sepatutnya tidak perlu menunggu lama untuk meletakkan jawatan masing-masing, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau mendakwa, Ahli Parlimen UMNO yang menganggotai Kabinet perlu meletakkan jawatan selepas mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi memiliki sokongan majoriti.

“Terpulang kepada mereka yang berkenaan. Apabila Perdana Menteri tiada sokongan majoriti maka mengapa perlu terus menunggu.

“Saya tidak pasti (meletak jawatan), tapi terpulang kepada mereka,” katanya ditanya sama ada Menteri dari parti itu perlu meletakkan jawatan, malam ini.

Ia susulan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Setakat ini, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Ditanya sama ada semua anggota Kabinet dari UMNO akan meletakkan jawatan selaras dengan keputusan parti, Ahmad berkata, semuanya bergantung kepada masa dan keadaan.

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat