Keabsahan Muhyiddin sebagai PM akan ditentukan undi percaya di Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk terus menjawat jawatan Perdana Menteri dan mentadbir kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pun begitu untuk membuktikan keabsahan kedudukannya yang sering dipersoalkan itu, Muhyiddin akan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat September ini.

Muhyiddin mengakui bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri seringkali dipersoalkan.

“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” ujar Ahli Parlimen Pagoh itu dalam perutusan khas pada Rabu selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu kata Muhyiddin, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

“Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada  masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

“Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan  dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya para frontliners, agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat