Azalina akan letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azalina Othman Said dijangka meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Memetik laporan Malaysiakini, menurut sumber Azalina kecewa dengan tindakan Putrajaya “melumpuhkan” Parlimen.

Kuasa badan legislatif serta kuasa speaker dan timbalannya – untuk semak dan imbang kerajaan – juga didakwa dibatasi oleh pihak eksekutif.

Sumber berkata Azalina juga kecewa dengan penggantungan Parlimen yang dilihatnya sebagai hakisan kepada demokrasi negara.

Ahli Parlimen Pengerang itu dilantik sebagai timbalan speaker tahun lalu selepas pertukaran kerajaan.

Azalina antara pemimpin yang lantang menyelar penutupan Parlimen semasa darurat.

Selepas sidang khas minggu lepas, Parlimen kecoh apabila Istana Negara berkata kerajaan mengelirukan dewan dalam pembatalan Ordinan Darurat yang belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda mahu ordinan itu dibahas dan dirungkai di Parlimen.

Sidang khas Parlimen ditangguhkan selepas itu susulan penularan COVID-19 dan tindakan itu disifatkan pembangkang sebagai helah.

Kerajaan berkata Ordinan Darurat boleh dibahaskan apabila Parlimen dibuka semula September ini.

Azalina juga termasuk 12 ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat