“Damansara”, Dari Ejaan Yg Salah Kepada Nama Kumpulan Muzik Perancis

- Advertisement -

MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa bandar Damansara yang kita kenal hari ini, asalnya bukanlah di kenali dengan nama itu.

Ia sebetulnya hasil kesilapan ejaan yang berlaku lebih 200 tahun yang dulu.

Nama asal Damansara sebetulnya ialah Damarsara – damar asal perkataan Melayu yang bermaksud resin/bendalir dari pokok, sementara sara berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud berharga atau bernilai.

Damansara itu sendiri tidak membawa sebarang makna.

Kesilapan ini berlaku bila pemerintah British melaksanakan peraturan pendaftaran dan geran tanah pada tahun 1891 dimana Sg Damarsara disalah eja kepada Sg Damansara dalam peta yang dikeluarkan setelah peraturan itu dikuatkuasakan.

Sungai ini kemudian membentuk mukim yang kita kenali sebagai Damansara hari ini.

Perkataan Damarsara pula masih boleh dilihat dalam peta lama sebelum peraturan di atas dikuatkuasakan.

Selain dari sejarah di atas, nama Damansara juga turut diguna pakai sebagai nama sebuah kumpulan muzik dari Perancis, Mutiara Damansara…serius, tak gurau.

Padahal Mutiara Damansara tidak membawa sebarang maksud dalam bahasa Perancis pun – sumber dari Facebook, Says.com

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat